Monday, May 26, 2008

pembenihan cendawan

assalamualaikum..
hari ini saya sempat mencari2 kaedah pembenihan cendawan..Sedikit maklumat dari AYNE..macam senang..tapi tak pasti dan tak yakin boleh buat atau tidak..
kena setup bilik yang bersih dulu..emm kalau ada kursus yang murah2 nak jugak saya pergi..bukan kedekut..tapi kalau mencecah ribu...saya masih memerlukan duit tersebut untuk yang lain....

Masih mencari kaedah pembenihan...insyaallah kalau dapat sedikit maklumat ..akan saya kongsi di sini...

Di kawasan utara ni..saya tak tahu lagi samaada ada yang menjual benih cendawan..menurut Tunas alam..susah nak dapatkan bekalan benih cendwan di kawasan perak ni...
so sesiapa yang tahu pasal kursus ker..harap dapat maklumkan kepada saya..
setakat ni yang saya tahu di CIMA RM750.00..

BERUSAHA UNTUK MAJU...................PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN ...

Sunday, May 25, 2008

CENDAWAN TIRAM KINI DI UTARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah sekian lama..akhirnya berjaya juga saya mewujudkan blog ini. Dan setelah sekian lama dan menghadapi pelbagai dugaan..akhirnya berjaya juga saya mendirikan sebuah perniagaan berasaskan cendawan..
3 bulan saya mengambil masa mengkaji, mengumpul dan mencari pembekal2 bahan mentah sekitar parit buntar, perak..alhamdulillah sekarang saya gembira melihat beg media keluaran pertama tumbuh misselium dengan sihat walafiat...

Salam perkenalan saya ucapkan kepada semua pelayar blog ini....terlebih dahulu biarlah saya perkenalkan diri...
Nama : Mohd Daud bin Dahalan.
Umur : 35 Tahun
Asal : Parit Buntar Perak
Pekerjaan dahulu : Operator Pengeluaran
Pekerjaan Sekarang : Pengusaha tanaman cendawan sepenuh masa

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pengusaha cendawan : Tunas alam , Fatisha , Norhafiza (kuala kurau ) dan semua rakan bicarajutawan yang banyak memberi maklumbalas kepada saya..

Terima Kasih..